Friday, 15 March 2019

Mobile Spa Bantu Wanita Jana Pendapatan

Assalamualaikum and hai korang.

Ayu nak tanya sikit bole..

Ada ke diantara korang nie yang tengah cari side income?

Korang suka tak kalau duit sentiasa ada dekat tangan.?

 Suka tak kalau buat keje dalam sejam ke dua jam korang dah boleh dapat duit paling sikit pun dalam RM100..

Suka tak kalau income korang masuk dari pelbagai penjuru.

Best tak kalau dapat belanja family hasil dari side income yang korang dapat tanpa usik gaji hakiki..

Haaaaa.. Mesti suka kan.. Ok.. Jangan salah faham eh.. Ayu bukan along.. Tapi kat sini ayu nak tolong korang-korang semua yang nak tambah pendapatan.

Kali nie ayu nak cerita pasal bisnes yang korang boleh dapat duit cash dengan segera . Bisnes apa..? Haaaaaa.. Confirm la bisnes mobile spa...


Ada 2 pakej mobile spa yang kami tawarkan. 



Meh ayu share hasil berkepuk-kepuk geng_geng alumni TWB nie pulak.









Gempakk kan..
Dorang semua nie terdiri dari pelbagai latar belakang tau.. Ada suri rumah, student, doktor, pensyarah, nurse, cikgu, kerani, ibu tunggal. Ehhh ramai lagi la.

Selain dari income mobile spa nie kami di TWB ada menawarkan 6 penjuru income tau. Maknanya bila korang nak rehat sekejap dari buat servis mobile spa korang boleh fokus dekat penjuru income yang lain.

Korang jangan risau tau. Produk yang kami gunakan dijamin selamat tau sebabnya kami gunakan produk Shaklee dalam servis spa TWB.

Haaa.. Amacam..  Terinspirasi tak dengan hasil duit berkepuk-kepuk tue. Jom kita sama-sama tambah pendapatan.

Ok korang. Just roger ayu kalau korang betul-betul nak cari side income eh..

Bye..

Ayu Yusoff
017-4778287
Alumni TWB
Home & Mobile Spa
(Red Gorgeous D'Beauty By Ayu )
Shaklee Independent Distributor

Thursday, 7 March 2019

PART TIME JOB MOBILE SPA

Assalamualaikum and hye korang.

Jumpa lagi kita dalam entry ayu kali nie. Korang tahu tak ayu rasa happy gile nak tulis pasal part time job mobile spa nie.

One of my wishlist adalah nak ada spa atas nama sendiri tau. Dulu ayu suka berangan nak ada pusat spa sendiri. Tapi bila mengenangkan kos nak bukak spa sangatlah tinggi terpaksa la ayu lupakan hasrat tue. Hehe..

And sekarang impian ayu nak ada spa atas nama sendiri tue dah jadi kenyataan. Yeayy.. Ayu sekarang dah buat servis mobile spa + mengurut tau korang. Yang bestnya income tue dapatlah tampung apa-apa yang kurangkan.


Ayu tahu sekarang nie ramai yang teringin nak ada extra income kan . Zaman sekarang nie kos sara hidup sangatlah tinggi. Jadi nak tak nak ramai orang yang dah buat part time job kan.

Korang perasan tak yang sekarang nie bisnes mobile spa sangat-sangatlah tinggi permintaannya.  Sebabnya perempuan kan suka nak nampak cantik selalu tapi malas nak pergi ke pusat kecantikan . So kat sinilah bermulanya peluang untuk dapat income dari mobile spa nie.  Jangan risau walaupun buat part time job mobile spa tapi hasilnya tetap tak mengecewakan tau.

So, sempena bulan Mac nie kami di TWB ada menawarkan 2 pakej belajar spa untuk korang pilih.

Pakej terkini Bisnes Mobile Spa
(Belajar buat duit dengan bisnes mobile spa) 

Haaaa.. Menarik kan. Korang tahu tak kursus yang kami lakukan nie secara one to one practical tau. Kami tak mengajar dalam kelumpuk yang ramai. Ini kerana kami mementingkan kualiti pembelajaran. 

Lagipun kesemua kursus nie hanya mengambil masa selama 1 hari sahaja untuk belajar. Jadi lepas habis je belajar korang dah boleh buat servis mobile spa dah tau. Haaa.  Tak lupa jugak korang akan diberikan sijil setelah tamat belajar ye. 

Yang paling best dalam TWB nie adalah kami ada 6 penjuru income. Sebab tue ayu cakap walaupun korang buat secara part time pun duit tetap akan masuk. Haaaa.. Gituuuu.. 

Meh ayu belanja gambar alumni TWB yang dah dapat buat duit kepuk-kepuk tue. 











Haaa.. Terbakar tak. Korang kalau berminat nak buat part time job mobile spa nie boleh contact ayu ek. Kalau yang nak buat full time pun tak de masalah. Dialu-alukan sangat. 

Ok korang . Bye.. 
Jumpa next entri pulak ek. 

Ayu
017-4778287 
Alumni TWB 
Red Gorgeous D'Beauty By Ayu 
(home & mobile spa) 
Shaklee independent distributor



Saturday, 9 February 2019

KURSUS MOBILE SPA TERMURAH 2019

Assalamualaikum dan hai semua.

Ayu nak tanya ni. Korang ada planning nak buat kerja part time ke ataupun korang tengah mencari peluang nak tambah income lagi?

Haaaa.. Kalau ada meh ayu nak bagi tau. Kami di TWB (THE WALKING BEAUTY) ada menawarkan Kursus Mobile Spa Termurah 2019 ni tau. Dengan hanya RM2,999 korang akan belajar 5 KURSUS SPA + korang berpeluang untuk belajar kursus MAKE OVER lagi.


Antara kursus yang ditawarkan adalah:

♥️ Facial Relaxing Treatment
♥️ Body Scrub dan Urut Lulur
♥️ Mandian Aura Susu
♥️ Foot & Hand Spa
♥️ Sauna Herba

Dan kami akan ajar cara macam mana nak set up home & mobile spa selepas habis kursus.

Ok. Mesti korang nak tahu apa barang yang korang akan dapat bila join Kursus Spa Termurah 2019 ni.

Korang akan dapat :

♥️ Youth Skincare
♥️ Eye Treatment
♥️ Natural Scrub
♥️ Natural Masker

Dan beberapa produk Shaklee yang lain. Kami menggunakan produk Shaklee kerana ianya terbukti selamat dan berkesan tau. Sesuailah dengan moto Shaklee. Always safe. Always works. Always green gituuu.


Selain dari tu korang juga akan dapat:

♥️ Trolley Beg Spa
♥️ Skin Analyser
♥️ Ion Massage
♥️ Trial Kit Spa
♥️ Sijil

Iyee.. Korang akan dapat sijil tau selepas habis training nanti. Lagi pun Kursus Mobile Spa Termurah 2019 ni hanya mengambil masa selama 1 hari je tau.



Kursus yang kami lakukan bukan secara teori ye. Kami akan ajar one to one secara praktikal. Ini yang menariknya. Sebabnya bila kita belajar secara one to one kita lagi mudah faham dan sudah tentu 100% perhatian khusus diberikan dekat kita sewaktu tengah training.


Sebab tu kami tak buat kelas beramai-ramai kerana di TWB kami mementingkan kualiti kerja peserta-pesertanya. Lagi satu korang akan dapat masuk ke dalam support group TWB tau. Maknanya bila dah habis training korang tak de lah dibiarkan macam tu sahaja. Segala ilmu bisnes dan sharing ada dalam group tu. Haaaa.. Bestkan. Tapi korang kena patuhi syarat yang dah ditetapkan oleh founder la bila dah masuk dalam support group TWB.

Ok. Lastly bila korang dah habis training Spa, korang boleh set date lain pulak untuk join Training Make Over. Kursus Make Over ni kita ajar cara make up dan overall image tau.  Biasa la perempuan dan cantik  tak boleh dipisahkan kan..


Haaa.. Amacam. Bestkan. And korang akan dapat semuanya ni hanya dengan TWB. Dengan bayaran sebanyak RM 2999 korang dah boleh buat home & mobile spa dan lepas tu korang dah boleh buat duit berkepuk-kepuk tau.

Ini antara alumni TWB yang berjaya buat duit kepuk-kepuk dalam TWB.





So... Apa tunggu lagi. Jom la jadi sebahagian dari team kami. Contact je ayu kalau nak tahu lagi lanjut ek.

Ayu,

Alumni TWB
Shaklee Independent Distributor (1128790) 

Red Gorgeous D'Beauty By Ayu
(mobile spa)

017-4778287



Monday, 4 February 2019

IMPIAN SAYA PADA TAHUN 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera uolls..

Hai korang.

Cuti raya cina nie korang tak pergi mana-mana ke. Ayu sekarang tengah on the way balik ke KL dari Kelantan nie.  Tengah menaip dalam kereta nie haa. Hehe..

Ok.. Entry kali ni ayu nak tulis pasal 'IMPIAN SAYA PADA TAHUN 2019'. Apa impian korang tahun 2019 ni. Jom la share..

First of all ayu teringin sangat nak tunaikan umrah bersama-sama dengan mak, ayah, suami dan anak-anak. Ayu nie jenis kalau nak pergi mana-mana mesti nak kena pergi dengan family. Rasa tak complete je bila ada yang kena tinggal.  Ada ke yang sama perangai macam ayu.. Sep sikit.


Impian ayu pada tahun 2019 yang kedua ialah nak sangatttt duduk dekat landed house. Teringin nak duduk rumah bawah sebabnya ayu kesian sangat dekat suami lagi-lagi kalau balik kampung kesian dia kena bawak barang banyak dan berat pulak tue naik tangga.  Boleh sado dia kalau selalu angkat barang berat-berat naik tangga.. Hehe..


Impin ayu pada tahun 2019 yang ketiga ialah ayu nak ada banyak saving.  Rasanya sekarang memang dah kena fokus dekat barang-barang yang perlu je kot kan. Agak-agak barang tak perlu memang kena tahan nafsu la untuk tak beli. Huhuuu. kalau tak buat macam nie selagi tu la susah nak menyimpan kan.



Impian ayu pada tahun 2019 yang keempat mestilah ayu nak berjaya dalam Shaklee sampai rank yang tertinggi. Memang sekarang nie jauh lagi perjalanan ayu nak ke level paling tinggi  tapi in shaa Allah ayu yakin masanya akan tiba nanti.. Cewahhh . Ayu kena fokus dan muhasabah diri balik.
Niat ayu buat bisnes untuk tolong ramai orang kat luar sana untuk keluar dari masalah kewangan dan dapat menjalani gaya hidup yang sihat. Selain dari dapat tolong orang ayu pun nak tolong diri sendiri jugak.. Ayu kena buat bisnes untuk tambah pendapatan ayu. Best kan rasa bila kita banyak duit kita dapat bantu lebih ramai orang yang memerlukan sebenarnya.. Ayu selalu berangan nak jadi Jutawan Muslimah yang mampu menginfaqkan banyak harta ke jalan Allah..  Gituuu.. (berangan kan percuma tak salah nak berangan tinggi) hehe.


Jadinya ayu kena push diri lebih sangat la kan kalau ayu nak realisasikan semua impian pada tahun 2019 ni.Ayu kena buat sesuatu dan perlu keluar dari zon selesa.

Korang doa-doakan ye ayu dapat capai impian ayu tahun 2019 nie. Ayu pun doakan korang dapat capai apa yang korang nak tahun nie.

Semoga kita berjaya dunia akhirat.
Bye korang.

Ayu.
Berusaha untuk merealisasikan impian 2019.

Saturday, 2 February 2019

WHY I LOVE TWB FAMILY

Assalamualaikum dan salam sejahtera uolls. Dah lama rasanya ayu tak bersiaran kan. Ayu ada je nie .. Masih bekerja dan melakukan part time business .. Gituuuu .. 

Okey.. Entri kali ni ayu nak cerita pasal Why I Love TWB Family.. Meh ayu recall balik apa itu TWB ye. TWB @ The Walking Beauty ni adalah suatu projek spa tanpa kedai yang diasaskan oleh Puan Ainul Shahrazad yang direka khas untuk membantu golongan wanita menambah pendapatan.




Dengan tercetusnya idea dari Puan Ainul ni kebanyakan wanita terutamanya golongan surirumah mampu untuk menjana pendapatan sendiri. Tapi bukan suri rumah je yang ada dalam family TWB nie. Kami terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan antaranya doktor, nurse, cikgu, penjawat awam, pekerja swasta, peniaga dan ramai lagi la. Haaa.. Meriah je kan.

Why I Love TWB Family sangat-sangat. Ok.. Yang ni part yang palinggggg ayu suka. Part dalam menjaga hubungan dengan Allah. Puan Ainul selalu mengingatkan kami tentang keberkatan dalam berniaga. Beliau selalu mengingatkan kami untuk menjaga hubungan dengan Allah. Even mentor-mentor ayu yang lain pun selalu mengingatkan kami tentang perlunya menjaga hubungan dengan Allah. 

Hanya Allah yg mampu untuk membolak-balikkan hati manusia kan. Jadi kebergantungan sepenuhnya kepada Allah akan mebuatkan segala urusan dan bisnes kita lebih lancar perjalanannya. 


Why I Love TWB.  Selain dari tu bila kami rasa down, bila kami rasa lost dalam bisnes Puan Ainul akan jadi pembakar semangat buat kami semua tau. Dengan aura dan semangatnya yang berkobar-kobar automatik semangat kami yang hilang tah kemana tu serta-merta up balik. Haaaaa.. Bayangkan betapa semangatnya beliau bila berbicara. Selain dari tue beliau selalu bagi motivasi dekat kami tau. Orang cakap kalau nak berjaya kena berguru dengan mentor yang dah berjaya kan.. 

Selain tu Puan Ainul sentiasa ada idea baru yang fresh untuk bantu kami semua tau. 
Alhamdulillah hampir setahun ayu jadi alumni TWB sedikit sebanyak dapat jugak mengisi kekurangan duit di tengah bulan kan.. Hihii.. That's Why I Love TWB Family sangat-sangat. 

Korang tahu tak kami dalam alumni TWB ada kumpulan sokongan yang sangat-sangat positif ahlinya. Masing-masing excited untuk share segala aktiviti bisnes dalam group tu tau. Bila ada masalah semua ahli akan cuba sehabis baik untuk membantu satu sama lain. Lagi satu semua ahli TWB ni tak lokek ilmu tau.. Walaupun kami dari latar belakang yang berbeza tapi kami saling hormat-menghormati. 


 
 Antara sebahagian dari TWB Family 

And lastly,
To all my TWB Family ayu sayang bangat sama kamu semua. Hugssss.. 

Ayu.. 
Red Gorgeous D'Beauty By Ayu
Home & Mobile Spa
Alumni TWB
017-4778287 

Monday, 10 September 2018

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Assalamualaikum.

Hye korang.. Ada ke diantara anda kat luar sana yang teringin nak tambah pendapatan. Yang masih mencari-cari part time or full time bisnes?

Haaa.. Kalau ada anda memang dah jumpa entry yang sepatutnya la nie..

Anda pernah dengar bisnes Shaklee tak?  Pernah mencuba produk shaklee? Kalau tak pernah cuba boleh la cuba sekarang. Ayu sendiri dah rasai banyak shaklee effect dengan izin Allah.

Ok. Antara soalan yang selalu ditanyakan adalah BAGAIMANA INGIN MENJADI AHLI SHAKLEE.

Ada 2 pilihan untuk menjadi ahli Shaklee:

1. Bayar yuran pendaftaran sebanyak RM75. (RM65 keahlian + RM10 postage).
Yuran ini untuk menampung kos Bisnes Kit yang mengandungi katalog, product guide dan bisnes manual.

2. Keahlian percuma dengan pembelian sebanyak 200 uv dalam satu resit atau bersamaan dengan RM650. Dengan keahlian percuma ini anda layak untuk mendapat cash back yang akan dimasukkan kedalam akaun anda pada pertengahan bulan berikutnya.

PERLU KE SAYA RENEW KEAHLIAN SAYA.?

Ya. Keahlian shaklee anda perlu diperbaharui setiap tahun. Bayaran yang dikenakan hanyalah sebanyak RM30 sahaja.

APAKAH KEISTIMEWAAN BISNES SHAKLEE INI?

Ada 3 intensif besar yang Shaklee tawarkan dalam bisnes ini.

1. CASH
# Bonus bulanan yang akan dibayar oleh
Shaklee pada setiap pertengahan bulan.



2. CAR BONUS
# Shaklee akan bayarkan car bonus kepada anda bila anda sudah mencapai target yang ditetapkan.
# car bonus yang dibayar bergantung kepada sales kita.
# car bonus yang dibayar adalah dalam bentuk cash. Jadi duit yang diperolehi tidak semestinya digunakan untuk bayaran kereta tetapi boleh digunakan untuk bermacam-macam tujuan juga.

Ini adalah antara kereta yang dibayar menggunakan bonus Shaklee.



3. CONVENTION TRIP
# Trip percutian mewah yang ditaja oleh Shaklee setiap tahun termasuk Trip Umrah Shaklee.

Ini adalah trip percutian mewah yang Shaklee taja pada tahun 2018.




Amacam.. Menarik kan.

Tak teringin ke nak join bisnes shaklee dengan ayu dan join group besar under master-master hebat.

Jangan segan-segan. Klik je link nie kalau nak berbisnes dengan ayu. 😉

Wasup ayu disini

I'm Ayu
Shaklee Independent Distributor
Id Shaklee :1128790
017-4778287

Tuesday, 4 September 2018

KURSUS BERPANTANG 2018

Assalamualikum dan salam sejahtera..

Hai u olls.. Jumpa lagi kita dalam entry ayu. Kali ini ayu nak cerita mengenai Kursus Berpantang 2018.

Ok.. Sebenarnya Founder TWB (The Walking Beauty) kami iaitu Puan Ainul Shahrazad dah came out dengan satu lagi pakej terbaru dalam TWB tau. Giler best projek terbaru ni.

Nak tahu projek apa tak.. Haaaaaa.. Jeng.. Jeng.. Jeng..

Inilah dia pakej terbaru dalam kursus berpantang 2018 nie. Pakej berpantang dan penjagaan bersalin.



Antara pakej yang ditawarkan ialah :

# urutan tradisional
# rawatan selepas bersalin
# cara bertungku
# cara sengkak yang tidak memudaratkan
# cara bertangas kering dan basah
# spa rawatan baby
# cara pembuatan jamu
# demo/praktikal

Amacam.. Bestkan.

Sekarang ini ramai dah orang yang menyediakan servis pakej berpantang. Berpantang ni boleh dikatakan satu amalan yang wajib dan sangat penting selepas proses melahirkan anak.

Bukan masyarakat melayu sahaja yang menggunakan servis pakej berpantang malah semua kaum dan bangsa pun menggunakan servis pakej berpantang yang ada diluar sana.

Ayu yakin pakej berpantang yang terdapat dalam module Kursus Berpantang 2018 kami ini pasti akan menjadi idaman setiap ibu diluar sana.

Benda yang paling best dan digemari oleh ibu-ibu sudah tentulah urutan lepas bersalin kan. Ini kerana urutan dapat melegakan rasa sakit dan lenguh-lenguh pada seluruh anggota badan selepas proses melahirkan anak. Urutan selepas bersalin dapat memberi rasa tenang kepada diri, jiwa, minda dan perasaan ibu-ibu.


Urutan selepas bersalin juga mampu melancarkan perjalanan darah, membantu membuang toksin serta angin didalam badan.

Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah susu badan lambat keluar atau tersumbat, urutan selepas bersalin ini dapat membantu dalam penghasilan susu ibu.

Urutan selepas bersalin ini sangat perlu dilakukan oleh ibu-ibu bagi membantu menaikkan kembali peranakan dan membantu proses pemulihan selepas bersalin. Iye la kan kehamilan dan melahirkan anak memang satu proses yang lama dan memenatkan tetapi menyeronokkan.

Haaa.. Ini part yang paling ibu-ibu suka kan. Sebabnya urutan selepas bersalin mampu membantu ibu-ibu mendapatkan kembali bentuk badan yang asal kerana urutan membantu memecahkan lemak yang terkumpul. Untuk kesan yang superb ibu-ibu mestilah berbengkung ye.


Umum sedia maklum penjagaan selepas bersalin tidak boleh dipandang ringan sebenarnya. Bukan sahaja dari segi pemakanan yang ibu-ibu perlu jaga, tetapi emosi dan fizikal ibu-ibu juga perlu dititik beratkan.

Antara amalan-amalan penjagaan selepas bersalin masyarakat kita ialah seperti memakan jamu, meminum air rebusan akar kayu, bertungku, berbengkung, menjaga pemakanan dan menghindarkan diri dari mengangkat dan membuat kerja-kerja yang berat.

Ok.. Sekarang ini ayu nak share dengan u olls apa yang ayu makan semasa tempoh penjagaan selepas bersalin. Sebenarnya ayu baru sahaja 5 bulan melahirkan anak yang ketiga. Sepanjang tempoh berpantang ayu ambil set berpantang shaklee. Yang bestnya mengenai set berpantang shaklee ialah ia turut boleh dimakan sepanjang tempoh kehamilan.



Semasa kita hamil badan kita memang sangat memerlukan nutrisi yang secukupnya kerana kita bukan sahaja membawa diri kita malah kita turut membawa bayi di dalam kandungan. Bila badan dapat nutrisi yang secukupnya ia membantu kita untuk lebih bertenaga. Jadi set hamil shaklee sangat-sangat membantu dalam menyediakan nutrisi kepada ibu hamil.

Sejujurnya sewaktu berpantang anak pertama dan kedua ayu langsung tidak mengambil berat mengenai penjagaan selepas bersalin. Berpantang kali ketiga memang ayu dah nekad untuk melakukan penjagaan selepas bersalin dengan begitu disiplin.

Dan alhamdulillah asbab dari mengambil set berpantang shaklee ayu dapat menempuh hari-hari berpantang dengan jayanya. Badan ayu sentiasa rasa cergas, luka jahitan cepat pulih, masalah sembelit tiada dan yang bestnya susu untuk baby sentiasa mencukupi.

Ini antara fungsi dan supplement yang banyak membantu ayu sepantang tempoh kehamilan dan berpantang.

1) VITALEA WITH IRON (Multivitamin) – Mengandungi 28 jenis vitamin & minerals yg diperlukan badan. Mengurangkan keletihan, dan untuk kesihatan & kecergasan badan ibu sepanjang hamil, bersalin dan menyusu. Iron penting bagi menjaga tahap hemoglobin (hb) yang sihat untuk ibu.



2) B-COMPLEX WITH FOLIC ACID- Folic acid melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan sistem sarafnya seperti spina bifida. BComplex adalah vitamin Anti-Stress, terutama bila ibu kurang tidur di akhir kehamilan dan semasa dalam pantang.



3) SUSTAINED RELEASE VITAMIN C - Tingkatkan sistem imunisasi ibu & bayi. Mengelakkan penyakit seperti demam dan jangkitan.



4) ESP PROTEIN POWDER - Protein membantu kecergasan badan ibu hamil & menyusu. Ia juga menggalakkan kecantikan kulit ibu & baby. Dalam susu ibu, komposisi terbesar juga adalah PROTEIN. Dengan ESP, dapat bantu pekatkan susu ibu & baby akan lebih cepat kenyang.



5) OSTEMATRIX (Calcium & Magnesium) - Kalsium berfungsi untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat. Ketika hamil & menyusu, semua kalsium dlm badan ibu akan disalurkan kepada bayi dalam kandungan dan ke dalam susu ibu yang diminum bayi. Komposisi terbesar dalam susu ibu selepas protein adalah KALSIUM.



Jadi, kalau ibu tidak cukup tambahan kalsium setiap hari, ibu akan mudah mendapat osteoporosis, sakit-sakit tulang & gigi luruh. Ia juga membantu masalah susu merudum ketika haid dan membantu merawat sakit-sakit badan, pinggang & belakang serta mengurangkan masalah sembelit bagi ibu hamil, berpantang & menyusu.

6) OMEGAGUARD (DHA) – Mengandungi DHA yang penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi dalam kandungan dan bayi yang menyusu. Omega juga membantu membakar lemak agar ibu cepat kurus semula selepas bersalin.



7) ALFAFA (Tambahan semasa menyusu) - Sebagai milk booster, herba utk bantu tambah penghasilan susu ibu.



Baiklah.. Akhir bicara dari ayu kalau u olls ada rasa untuk belajar mengurut marilah turut serta dalam group besar kami.. Untuk bulan September ini penyertaan bagi kursus pakej berpantang dan penjagaan bersalin hanya dibuka untuk kami ahli TWB dahulu..

In shaa Allah dalam masa terdekat kursus berpantang dan penjagaan bersalin akan dibuka kepada umum.

Ok la.. Sekian sahaja entry ayu untuk kali ini.. Kita jimpa di next entry pulak ye..

Ayu
Member of The Walking Beauty Projek
017-4778287