Tuesday 4 September 2018

KURSUS BERPANTANG 2018

Assalamualikum dan salam sejahtera..

Hai u olls.. Jumpa lagi kita dalam entry ayu. Kali ini ayu nak cerita mengenai Kursus Berpantang 2018.

Ok.. Sebenarnya Founder TWB (The Walking Beauty) kami iaitu Puan Ainul Shahrazad dah came out dengan satu lagi pakej terbaru dalam TWB tau. Giler best projek terbaru ni.

Nak tahu projek apa tak.. Haaaaaa.. Jeng.. Jeng.. Jeng..

Inilah dia pakej terbaru dalam kursus berpantang 2018 nie. Pakej berpantang dan penjagaan bersalin.



Antara pakej yang ditawarkan ialah :

# urutan tradisional
# rawatan selepas bersalin
# cara bertungku
# cara sengkak yang tidak memudaratkan
# cara bertangas kering dan basah
# spa rawatan baby
# cara pembuatan jamu
# demo/praktikal

Amacam.. Bestkan.

Sekarang ini ramai dah orang yang menyediakan servis pakej berpantang. Berpantang ni boleh dikatakan satu amalan yang wajib dan sangat penting selepas proses melahirkan anak.

Bukan masyarakat melayu sahaja yang menggunakan servis pakej berpantang malah semua kaum dan bangsa pun menggunakan servis pakej berpantang yang ada diluar sana.

Ayu yakin pakej berpantang yang terdapat dalam module Kursus Berpantang 2018 kami ini pasti akan menjadi idaman setiap ibu diluar sana.

Benda yang paling best dan digemari oleh ibu-ibu sudah tentulah urutan lepas bersalin kan. Ini kerana urutan dapat melegakan rasa sakit dan lenguh-lenguh pada seluruh anggota badan selepas proses melahirkan anak. Urutan selepas bersalin dapat memberi rasa tenang kepada diri, jiwa, minda dan perasaan ibu-ibu.


Urutan selepas bersalin juga mampu melancarkan perjalanan darah, membantu membuang toksin serta angin didalam badan.

Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah susu badan lambat keluar atau tersumbat, urutan selepas bersalin ini dapat membantu dalam penghasilan susu ibu.

Urutan selepas bersalin ini sangat perlu dilakukan oleh ibu-ibu bagi membantu menaikkan kembali peranakan dan membantu proses pemulihan selepas bersalin. Iye la kan kehamilan dan melahirkan anak memang satu proses yang lama dan memenatkan tetapi menyeronokkan.

Haaa.. Ini part yang paling ibu-ibu suka kan. Sebabnya urutan selepas bersalin mampu membantu ibu-ibu mendapatkan kembali bentuk badan yang asal kerana urutan membantu memecahkan lemak yang terkumpul. Untuk kesan yang superb ibu-ibu mestilah berbengkung ye.


Umum sedia maklum penjagaan selepas bersalin tidak boleh dipandang ringan sebenarnya. Bukan sahaja dari segi pemakanan yang ibu-ibu perlu jaga, tetapi emosi dan fizikal ibu-ibu juga perlu dititik beratkan.

Antara amalan-amalan penjagaan selepas bersalin masyarakat kita ialah seperti memakan jamu, meminum air rebusan akar kayu, bertungku, berbengkung, menjaga pemakanan dan menghindarkan diri dari mengangkat dan membuat kerja-kerja yang berat.

Ok.. Sekarang ini ayu nak share dengan u olls apa yang ayu makan semasa tempoh penjagaan selepas bersalin. Sebenarnya ayu baru sahaja 5 bulan melahirkan anak yang ketiga. Sepanjang tempoh berpantang ayu ambil set berpantang shaklee. Yang bestnya mengenai set berpantang shaklee ialah ia turut boleh dimakan sepanjang tempoh kehamilan.



Semasa kita hamil badan kita memang sangat memerlukan nutrisi yang secukupnya kerana kita bukan sahaja membawa diri kita malah kita turut membawa bayi di dalam kandungan. Bila badan dapat nutrisi yang secukupnya ia membantu kita untuk lebih bertenaga. Jadi set hamil shaklee sangat-sangat membantu dalam menyediakan nutrisi kepada ibu hamil.

Sejujurnya sewaktu berpantang anak pertama dan kedua ayu langsung tidak mengambil berat mengenai penjagaan selepas bersalin. Berpantang kali ketiga memang ayu dah nekad untuk melakukan penjagaan selepas bersalin dengan begitu disiplin.

Dan alhamdulillah asbab dari mengambil set berpantang shaklee ayu dapat menempuh hari-hari berpantang dengan jayanya. Badan ayu sentiasa rasa cergas, luka jahitan cepat pulih, masalah sembelit tiada dan yang bestnya susu untuk baby sentiasa mencukupi.

Ini antara fungsi dan supplement yang banyak membantu ayu sepantang tempoh kehamilan dan berpantang.

1) VITALEA WITH IRON (Multivitamin) – Mengandungi 28 jenis vitamin & minerals yg diperlukan badan. Mengurangkan keletihan, dan untuk kesihatan & kecergasan badan ibu sepanjang hamil, bersalin dan menyusu. Iron penting bagi menjaga tahap hemoglobin (hb) yang sihat untuk ibu.



2) B-COMPLEX WITH FOLIC ACID- Folic acid melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan sistem sarafnya seperti spina bifida. BComplex adalah vitamin Anti-Stress, terutama bila ibu kurang tidur di akhir kehamilan dan semasa dalam pantang.



3) SUSTAINED RELEASE VITAMIN C - Tingkatkan sistem imunisasi ibu & bayi. Mengelakkan penyakit seperti demam dan jangkitan.



4) ESP PROTEIN POWDER - Protein membantu kecergasan badan ibu hamil & menyusu. Ia juga menggalakkan kecantikan kulit ibu & baby. Dalam susu ibu, komposisi terbesar juga adalah PROTEIN. Dengan ESP, dapat bantu pekatkan susu ibu & baby akan lebih cepat kenyang.



5) OSTEMATRIX (Calcium & Magnesium) - Kalsium berfungsi untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat. Ketika hamil & menyusu, semua kalsium dlm badan ibu akan disalurkan kepada bayi dalam kandungan dan ke dalam susu ibu yang diminum bayi. Komposisi terbesar dalam susu ibu selepas protein adalah KALSIUM.



Jadi, kalau ibu tidak cukup tambahan kalsium setiap hari, ibu akan mudah mendapat osteoporosis, sakit-sakit tulang & gigi luruh. Ia juga membantu masalah susu merudum ketika haid dan membantu merawat sakit-sakit badan, pinggang & belakang serta mengurangkan masalah sembelit bagi ibu hamil, berpantang & menyusu.

6) OMEGAGUARD (DHA) – Mengandungi DHA yang penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi dalam kandungan dan bayi yang menyusu. Omega juga membantu membakar lemak agar ibu cepat kurus semula selepas bersalin.



7) ALFAFA (Tambahan semasa menyusu) - Sebagai milk booster, herba utk bantu tambah penghasilan susu ibu.



Baiklah.. Akhir bicara dari ayu kalau u olls ada rasa untuk belajar mengurut marilah turut serta dalam group besar kami.. Untuk bulan September ini penyertaan bagi kursus pakej berpantang dan penjagaan bersalin hanya dibuka untuk kami ahli TWB dahulu..

In shaa Allah dalam masa terdekat kursus berpantang dan penjagaan bersalin akan dibuka kepada umum.

Ok la.. Sekian sahaja entry ayu untuk kali ini.. Kita jimpa di next entry pulak ye..

Ayu
Member of The Walking Beauty Projek
017-4778287





No comments:

Post a Comment