Saturday 9 February 2019

KURSUS MOBILE SPA TERMURAH 2019

Assalamualaikum dan hai semua.

Ayu nak tanya ni. Korang ada planning nak buat kerja part time ke ataupun korang tengah mencari peluang nak tambah income lagi?

Haaaa.. Kalau ada meh ayu nak bagi tau. Kami di TWB (THE WALKING BEAUTY) ada menawarkan Kursus Mobile Spa Termurah 2019 ni tau. Dengan hanya RM2,999 korang akan belajar 5 KURSUS SPA + korang berpeluang untuk belajar kursus MAKE OVER lagi.


Antara kursus yang ditawarkan adalah:

♥️ Facial Relaxing Treatment
♥️ Body Scrub dan Urut Lulur
♥️ Mandian Aura Susu
♥️ Foot & Hand Spa
♥️ Sauna Herba

Dan kami akan ajar cara macam mana nak set up home & mobile spa selepas habis kursus.

Ok. Mesti korang nak tahu apa barang yang korang akan dapat bila join Kursus Spa Termurah 2019 ni.

Korang akan dapat :

♥️ Youth Skincare
♥️ Eye Treatment
♥️ Natural Scrub
♥️ Natural Masker

Dan beberapa produk Shaklee yang lain. Kami menggunakan produk Shaklee kerana ianya terbukti selamat dan berkesan tau. Sesuailah dengan moto Shaklee. Always safe. Always works. Always green gituuu.


Selain dari tu korang juga akan dapat:

♥️ Trolley Beg Spa
♥️ Skin Analyser
♥️ Ion Massage
♥️ Trial Kit Spa
♥️ Sijil

Iyee.. Korang akan dapat sijil tau selepas habis training nanti. Lagi pun Kursus Mobile Spa Termurah 2019 ni hanya mengambil masa selama 1 hari je tau.



Kursus yang kami lakukan bukan secara teori ye. Kami akan ajar one to one secara praktikal. Ini yang menariknya. Sebabnya bila kita belajar secara one to one kita lagi mudah faham dan sudah tentu 100% perhatian khusus diberikan dekat kita sewaktu tengah training.


Sebab tu kami tak buat kelas beramai-ramai kerana di TWB kami mementingkan kualiti kerja peserta-pesertanya. Lagi satu korang akan dapat masuk ke dalam support group TWB tau. Maknanya bila dah habis training korang tak de lah dibiarkan macam tu sahaja. Segala ilmu bisnes dan sharing ada dalam group tu. Haaaa.. Bestkan. Tapi korang kena patuhi syarat yang dah ditetapkan oleh founder la bila dah masuk dalam support group TWB.

Ok. Lastly bila korang dah habis training Spa, korang boleh set date lain pulak untuk join Training Make Over. Kursus Make Over ni kita ajar cara make up dan overall image tau.  Biasa la perempuan dan cantik  tak boleh dipisahkan kan..


Haaa.. Amacam. Bestkan. And korang akan dapat semuanya ni hanya dengan TWB. Dengan bayaran sebanyak RM 2999 korang dah boleh buat home & mobile spa dan lepas tu korang dah boleh buat duit berkepuk-kepuk tau.

Ini antara alumni TWB yang berjaya buat duit kepuk-kepuk dalam TWB.





So... Apa tunggu lagi. Jom la jadi sebahagian dari team kami. Contact je ayu kalau nak tahu lagi lanjut ek.

Ayu,

Alumni TWB
Shaklee Independent Distributor (1128790) 

Red Gorgeous D'Beauty By Ayu
(mobile spa)

017-4778287



Monday 4 February 2019

IMPIAN SAYA PADA TAHUN 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera uolls..

Hai korang.

Cuti raya cina nie korang tak pergi mana-mana ke. Ayu sekarang tengah on the way balik ke KL dari Kelantan nie.  Tengah menaip dalam kereta nie haa. Hehe..

Ok.. Entry kali ni ayu nak tulis pasal 'IMPIAN SAYA PADA TAHUN 2019'. Apa impian korang tahun 2019 ni. Jom la share..

First of all ayu teringin sangat nak tunaikan umrah bersama-sama dengan mak, ayah, suami dan anak-anak. Ayu nie jenis kalau nak pergi mana-mana mesti nak kena pergi dengan family. Rasa tak complete je bila ada yang kena tinggal.  Ada ke yang sama perangai macam ayu.. Sep sikit.


Impian ayu pada tahun 2019 yang kedua ialah nak sangatttt duduk dekat landed house. Teringin nak duduk rumah bawah sebabnya ayu kesian sangat dekat suami lagi-lagi kalau balik kampung kesian dia kena bawak barang banyak dan berat pulak tue naik tangga.  Boleh sado dia kalau selalu angkat barang berat-berat naik tangga.. Hehe..


Impin ayu pada tahun 2019 yang ketiga ialah ayu nak ada banyak saving.  Rasanya sekarang memang dah kena fokus dekat barang-barang yang perlu je kot kan. Agak-agak barang tak perlu memang kena tahan nafsu la untuk tak beli. Huhuuu. kalau tak buat macam nie selagi tu la susah nak menyimpan kan.



Impian ayu pada tahun 2019 yang keempat mestilah ayu nak berjaya dalam Shaklee sampai rank yang tertinggi. Memang sekarang nie jauh lagi perjalanan ayu nak ke level paling tinggi  tapi in shaa Allah ayu yakin masanya akan tiba nanti.. Cewahhh . Ayu kena fokus dan muhasabah diri balik.
Niat ayu buat bisnes untuk tolong ramai orang kat luar sana untuk keluar dari masalah kewangan dan dapat menjalani gaya hidup yang sihat. Selain dari dapat tolong orang ayu pun nak tolong diri sendiri jugak.. Ayu kena buat bisnes untuk tambah pendapatan ayu. Best kan rasa bila kita banyak duit kita dapat bantu lebih ramai orang yang memerlukan sebenarnya.. Ayu selalu berangan nak jadi Jutawan Muslimah yang mampu menginfaqkan banyak harta ke jalan Allah..  Gituuu.. (berangan kan percuma tak salah nak berangan tinggi) hehe.


Jadinya ayu kena push diri lebih sangat la kan kalau ayu nak realisasikan semua impian pada tahun 2019 ni.Ayu kena buat sesuatu dan perlu keluar dari zon selesa.

Korang doa-doakan ye ayu dapat capai impian ayu tahun 2019 nie. Ayu pun doakan korang dapat capai apa yang korang nak tahun nie.

Semoga kita berjaya dunia akhirat.
Bye korang.

Ayu.
Berusaha untuk merealisasikan impian 2019.

Saturday 2 February 2019

WHY I LOVE TWB FAMILY

Assalamualaikum dan salam sejahtera uolls. Dah lama rasanya ayu tak bersiaran kan. Ayu ada je nie .. Masih bekerja dan melakukan part time business .. Gituuuu .. 

Okey.. Entri kali ni ayu nak cerita pasal Why I Love TWB Family.. Meh ayu recall balik apa itu TWB ye. TWB @ The Walking Beauty ni adalah suatu projek spa tanpa kedai yang diasaskan oleh Puan Ainul Shahrazad yang direka khas untuk membantu golongan wanita menambah pendapatan.




Dengan tercetusnya idea dari Puan Ainul ni kebanyakan wanita terutamanya golongan surirumah mampu untuk menjana pendapatan sendiri. Tapi bukan suri rumah je yang ada dalam family TWB nie. Kami terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan antaranya doktor, nurse, cikgu, penjawat awam, pekerja swasta, peniaga dan ramai lagi la. Haaa.. Meriah je kan.

Why I Love TWB Family sangat-sangat. Ok.. Yang ni part yang palinggggg ayu suka. Part dalam menjaga hubungan dengan Allah. Puan Ainul selalu mengingatkan kami tentang keberkatan dalam berniaga. Beliau selalu mengingatkan kami untuk menjaga hubungan dengan Allah. Even mentor-mentor ayu yang lain pun selalu mengingatkan kami tentang perlunya menjaga hubungan dengan Allah. 

Hanya Allah yg mampu untuk membolak-balikkan hati manusia kan. Jadi kebergantungan sepenuhnya kepada Allah akan mebuatkan segala urusan dan bisnes kita lebih lancar perjalanannya. 


Why I Love TWB.  Selain dari tu bila kami rasa down, bila kami rasa lost dalam bisnes Puan Ainul akan jadi pembakar semangat buat kami semua tau. Dengan aura dan semangatnya yang berkobar-kobar automatik semangat kami yang hilang tah kemana tu serta-merta up balik. Haaaaa.. Bayangkan betapa semangatnya beliau bila berbicara. Selain dari tue beliau selalu bagi motivasi dekat kami tau. Orang cakap kalau nak berjaya kena berguru dengan mentor yang dah berjaya kan.. 

Selain tu Puan Ainul sentiasa ada idea baru yang fresh untuk bantu kami semua tau. 
Alhamdulillah hampir setahun ayu jadi alumni TWB sedikit sebanyak dapat jugak mengisi kekurangan duit di tengah bulan kan.. Hihii.. That's Why I Love TWB Family sangat-sangat. 

Korang tahu tak kami dalam alumni TWB ada kumpulan sokongan yang sangat-sangat positif ahlinya. Masing-masing excited untuk share segala aktiviti bisnes dalam group tu tau. Bila ada masalah semua ahli akan cuba sehabis baik untuk membantu satu sama lain. Lagi satu semua ahli TWB ni tak lokek ilmu tau.. Walaupun kami dari latar belakang yang berbeza tapi kami saling hormat-menghormati. 


 
 Antara sebahagian dari TWB Family 

And lastly,
To all my TWB Family ayu sayang bangat sama kamu semua. Hugssss.. 

Ayu.. 
Red Gorgeous D'Beauty By Ayu
Home & Mobile Spa
Alumni TWB
017-4778287