Showing posts with label team spa twb. Show all posts
Showing posts with label team spa twb. Show all posts

Thursday, 7 March 2019

PART TIME JOB MOBILE SPA

Assalamualaikum and hye korang.

Jumpa lagi kita dalam entry ayu kali nie. Korang tahu tak ayu rasa happy gile nak tulis pasal part time job mobile spa nie.

One of my wishlist adalah nak ada spa atas nama sendiri tau. Dulu ayu suka berangan nak ada pusat spa sendiri. Tapi bila mengenangkan kos nak bukak spa sangatlah tinggi terpaksa la ayu lupakan hasrat tue. Hehe..

And sekarang impian ayu nak ada spa atas nama sendiri tue dah jadi kenyataan. Yeayy.. Ayu sekarang dah buat servis mobile spa + mengurut tau korang. Yang bestnya income tue dapatlah tampung apa-apa yang kurangkan.


Ayu tahu sekarang nie ramai yang teringin nak ada extra income kan . Zaman sekarang nie kos sara hidup sangatlah tinggi. Jadi nak tak nak ramai orang yang dah buat part time job kan.

Korang perasan tak yang sekarang nie bisnes mobile spa sangat-sangatlah tinggi permintaannya.  Sebabnya perempuan kan suka nak nampak cantik selalu tapi malas nak pergi ke pusat kecantikan . So kat sinilah bermulanya peluang untuk dapat income dari mobile spa nie.  Jangan risau walaupun buat part time job mobile spa tapi hasilnya tetap tak mengecewakan tau.

So, sempena bulan Mac nie kami di TWB ada menawarkan 2 pakej belajar spa untuk korang pilih.

Pakej terkini Bisnes Mobile Spa
(Belajar buat duit dengan bisnes mobile spa) 

Haaaa.. Menarik kan. Korang tahu tak kursus yang kami lakukan nie secara one to one practical tau. Kami tak mengajar dalam kelumpuk yang ramai. Ini kerana kami mementingkan kualiti pembelajaran. 

Lagipun kesemua kursus nie hanya mengambil masa selama 1 hari sahaja untuk belajar. Jadi lepas habis je belajar korang dah boleh buat servis mobile spa dah tau. Haaa.  Tak lupa jugak korang akan diberikan sijil setelah tamat belajar ye. 

Yang paling best dalam TWB nie adalah kami ada 6 penjuru income. Sebab tue ayu cakap walaupun korang buat secara part time pun duit tetap akan masuk. Haaaa.. Gituuuu.. 

Meh ayu belanja gambar alumni TWB yang dah dapat buat duit kepuk-kepuk tue. 











Haaa.. Terbakar tak. Korang kalau berminat nak buat part time job mobile spa nie boleh contact ayu ek. Kalau yang nak buat full time pun tak de masalah. Dialu-alukan sangat. 

Ok korang . Bye.. 
Jumpa next entri pulak ek. 

Ayu
017-4778287 
Alumni TWB 
Red Gorgeous D'Beauty By Ayu 
(home & mobile spa) 
Shaklee independent distributor



Thursday, 16 August 2018

HEBATNYA FACIAL DENGAN TEAM SPA TWB

Assalamualaikum dan salam sejahtera uolls.

Terima kasih kerana sudi singgah diblog ayu. Kali ini ayu nak bercerita mengenai Hebatnya Facial Dengan Team Spa TWB.


Anda mesti dah sedia maklumkan apa itu TWB? TWB ( The Walking Beauty) adalah satu projek spa bergerak tanpa kedai yang direka khas untuk membantu golongan wanita untuk menambah pendapatan. Konsep utama mobile spa TWB adalah untuk menyediakan perkhidmatan ala-ala spa terutamanya facial terus ke rumah anda.

Untuk pengetahuan anda, kebelakangan ini, mobile spa TWB yang juga merupakan spa bergerak tanpa kedai telah mendapat permintaan yang sangat tinggi dari pelanggan-pelanggan. Ini disebabkan beberapa faktor yang dialami oleh ramai wanita seperti tiada masa untuk ke spa, tidak dapat keluar rumah kerana perlu menguruskan anak-anak, tidak pandai memandu dan lain-lain faktor. Dengan adanya spa bergerak tanpa kedai ini anda berpeluang mendapatkan facial dari Team Spa TWB walaupun hanya berada dirumah.

Untuk makluman, Team Mobile Spa TWB kami berada diseluruh Malaysia. Bukan sahaja di Malaysia bahkan Team Mobile Spa TWB ini pun ada diluar negara juga ye. Antara negara yang mempunyai Team Mobile Spa TWB adalah seperti Singapura, Brunei, Australia dan Korea.

Tahu tak kenapa ayu kata hebatnya facial dengan Team Spa TWB. Ini kerana produk yang kami gunakan adalah 100% dari produk Shaklee. Kami menggunakan Youth Shaklee sebagai skincare dalam servis facial kami.







Anda tahu tak, Youth Shaklee merupakan produk penjagaan kulit yang dihasilkan oleh Shaklee setelah melalui 8 tahun penyelidikan. Haaaa.. Lama kan. CEO Shaklee sendiri iaitu Mr. Roger Barnett telah meminta kepada Saintis Shaklee untuk mencipta satu produk penjagaan kulit yang khas bagi membantu wanita diluar sana untuk kelihatan lebih muda. Youth Shaklee dihasilkan melalui kombinasi klinikal dan bahan-bahan semulajadi.

Yang bestnya mengenai Youth Shaklee ialah ia telah diuji oleh pakar dermatologi atau pakar kulit . Ini bagi memastikan produk Youth Shaklee ini selamat digunakan. Selain itu Youth Shaklee ini bersifat hypoallergenik iaitu sesuai untuk orang-orang yang mempunyai kulit yang sensitif. Youth Shaklee juga bebas dari 2500 bahan terlarang. Jadi, anda diluar sana tidak perlu gusar dengan servis facial yang kami tawarkan kerana kami hanya menggunakan produk yang terbaik hanya untuk anda.

Ini adalah sebahagian dari pelanggan-pelanggan yang telah mendapatkan servis facial dari Team Spa TWB kami.







 Haaaaaa.. Anda rasa macam mana sekarang. Betul tak ayu cakap hebatkan facial dengan Team Spa TWB kami. Mesti anda pun nak jadi sebahagian dari pelanggan kami kan. Takpe.. Jangan malu-malu. Hubungi je Team Spa TWB. Kami akan sampai terus ke pintu rumah anda.

Sekian.. Wassalam.

AYU YUSOFF
MEMBER OF THE WALKING BEAUTY PROJECT
017-477 8287