Monday 30 September 2019

Gaya Hidup Sihat Dengan Jom Detox Jutawan

Assalamualaikum and hye korang..

Bercerita pasal gaya hidup sihat,agak-agak  macam mana dengan gaya hidup kita sekarang nie ek? sihat ke tidak eh.

Kepada yang dah amalkan gaya hidup sihat tahniah diucapkan kepada anda dan kepada yang belum atau baru nak amalkan gaya hidup sihat sememangnya masih belum terlambat untuk anda.

Kat sini ayu nak share sikit gaya hidup sihat dengan jom detox jutawan.

Tips Gaya Hidup Sihat. 



1. Minum air masak secukupnya

Seperti kita sedia maklum 60% daripada tubuh kita terdiri daripada air.  Bagi setiap 25kg berat badan kita perlu minum air masak sebanyak 1 liter. Jadi sebagai contoh jika berat badan kita ialah 50kg maka keperluan air masak yang perlu diminum adalah sebanyak 2 liter sehari.

Jadi  seboleh-bolehnya kita disarankan untuk meminum air masak mengikut keperluan badan untuk memastikan supaya badan kita sentiasa terhidrat.

2. Makan secara sihat

Pelbagaikan warna didalam hidangan makanan kita.  Cuba selitkan buah-buahan dan sayur-sayuran didalam makanan harian kita.  Jika elok amalkan konsep suku-suku separuh. Pengambilan makanan yang disarankan adalah seperti didalam piramid makanan..

3. Elakkan makanan segera ataupun bergoreng.

Makanan segera mahupun bergoreng mempunyai nilai kalori yang agak tinggi. Ianya kurang sesuai diambil oleh mereka yang fokus untuk menurunkan berat badan.

Anda boleh gantikan makanan tersebut dengan makanan yang direbus, dicelur ataupun di stim.

4.  Lakukan aktiviti fizikal seperti bersenam

Cuba kita luangkan sedikit masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Bersenam mampu membuatkan kita berasa lebih fresh.

5. Tidur yang berkualiti

Kurang tidur dapat menimbulkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah obesiti.

Jadi tidurlah awal dan nikmatilah tidur yang berkualiti demi untuk kesihatan anda.

Haaaaa.. Apa lagi..

Jom kita amalkan gaya hidup yang lebih sihat demi kesejahteraan ummah.. Gituuu..

I am me,
Ayu Yusoff
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
1128790
017-4778287

No comments:

Post a Comment