Tuesday 17 September 2019

KISAH KEJAYAAN SAYA DIDALAM SHAKLEE

Assalamualaikum dan hye semua..

Hari nie ayu nak bercerita mengenai kejayaan.. Kita semua sedia maklum yang kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang tinggi dan tawakal kepada Allah.

Melihat kejayaan seseorang dalam bidang yang diceburi sangatlah memberi inspirasi kepada ayu. Kisah kejayaan mereka yang telah berjaya sentiasa menjadi pendorong dan pembakar semangat ayu untuk jadi yang lebih baik.

Bercerita mengenai kejayaan, ayu pun nak berkongsi dengan korang mengenai kejayaan ayu dalam bisnes Shaklee..

Kejayaan bagi ayu sangatlah subjektif.. Kejayaan bukanlah semata kita mendapat kedudukan tertinggi atau pangkat yang tinggi sahaja tetapi perubahan positif ataupun penghijrahan positif  keatas diri kita juga merupakan satu kejayaan yang besar.

Ayu bermula dengan bisnes Shaklee pada bulan April 2014 secara part time. Dan sehingga kini sudah 5 tahun 5 bulan ayu bersama Shaklee..

Menjadi seorang pengguna Shaklee pada mulanya membuatkan ayu dah tangkap cintan dengan produknya lantas ayu buat keputusan untuk serius melakukan bisnes Shaklee walaupun secara part time.

Sekarang ini ayu berada di rank Senior Supervisor.. Di dalam team ayu juga terdapat seorang Senior Supervisor dan seorang Supervisor.

Majlis terima sijil sempena rank up ke Senior Supervisor 

Sepanjang 5 tahun ayu buat bisnes Shaklee nie akhirnya pada bulan Feb 2019 yang lepas ayu dan suami telah layak untuk menghadiri Business Leader National Conference (BLNC) yang dianjurkan oleh Shaklee di Sunway Convention Centre.






Untuk melayakkan kami menghadiri Business Conference tersebut ayu perlu efektif di rank sekarang selama 3 bulan sepanjang cycle Shaklee iaitu bermula bulan April 2018 yang lepas. Alhamdulillah ayu berjaya melepasi syarat yang ditetapkan oleh Shaklee..

Menghadiri Business Leader National Conference ini dapat memberi pengalaman yang baru kepada ayu di dalam bisnes Shaklee ini. Banyak sharing dan ilmu yang diajar didalam Business Conference ini.

Yang paling menarik sewaktu Business Conference tue adalah dengan kehadiran Mr Les Wong iaitu Naib Preseden Shaklee sendiri....
Temu bual secara eksklusif itu berkisar mengenai pengalaman beliau sendiri yang mengamalkan Shaklee sejak berpuluh tahun dan mendapat manfaat kesihatan setelah menggunakan produk Shaklee.



Bertemu dengan insan-insan yang hebat ini membuatkan kita rasa lebih bersemangat untuk jadi seperti mereka.

Bisnes Shaklee adalah bisnes yang adil. Sesiapa yang berusaha lebih maka lebihlah ganjarannya.

Kejayaan ayu di dalam Shaklee banyak dibantu oleh mentor ayu iaitu kak Kam Haryatie selain dari upline-upline ayu yang lain.

Sesi coaching dirumah my mentor kak Kam haryatie

Terdapat 2 projek besar dibawah group Jutawan Shaklee ayu iaitu :

1. Program Detox Jutawan
2. TWB (THE WALKING BEAUTY PROJECT)




Dengan adanya 2 projek besar tersebut sedikit sebanyak ayu dapat membantu kawan-kawan menambah pendapatan selain dari menyelesaikan masalah kesihatan mereka.

Alhamdulillah.. Bila mereka berjaya dapat hasil yang positif ia seperti sebuah kejayaan besar untuk ayu.

Sesungguhnya tiada suatu pun yang berlaku keatas ayu tanpa izin Allah. Alhamdulillah ayu dipertemukan dengan insan-insan yang hebat didalam Shaklee..

Sekarang ini ayu berniat untuk membantu anak Shaklee ayu iaitu kak Herneyane Jasman pula untuk mencapai kejayaan didalam Shaklee.. Doakan ayu ye.

Ayu doakan semoga kita semua berjaya dalam bidang yang kita ceburi dan semoga kita semua berjaya didunia dan akhirat.

Akhir kalam dari ayu berusahalah dengan bersungguh-sungguh dan jangan lupa memohon keredhaan Allah dalam setiap apa yang kita lakukan..

I am me.
Ayu
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
1128790
017-4778287

No comments:

Post a Comment