Wednesday 25 September 2019

Mentor Bisnes Saya

Assalamualaikum and hye korang..

Bila bercakap pasal mentor pastinya ada mentee nya kan. Dalam bisnes Shaklee ayu adalah mentee dan ayu ada ramai mentor di dalam group Shaklee ayu iaitu group
Jutawan.

Bila ada ramai mentor dalam satu group maknanya lagi besar idea dan cara yang kita boleh ambil dari pengalaman mereka.



And dalam bisnes Shaklee nie of course la mentor ayu adalah 'mak' Shaklee ayu sendiri iaitu kak Kam Haryatie..


Haaaa.. Inilah orangnya.. Kak Kam Haryatie.. 

Sangat kagum dengan perjalanan bisnes beliau.. Beliau seorang yang sangat busy di tempat kerja tapi masih mampu untuk mengendalikan bisnes Shaklee dengan jayanya walaupun secara part time.

Beliau bekerja sebagai seorang GIS Technical Manager di sebuah syarikat swasta di ibukota.  Kerja beliau memerlukan 100% komitmen sepanjang waktu bekerja.

Beliau selalu berpesan bila kita melakukan bisnes secara part time kita kena pandai untuk mengendalikan bisnes tersebut tanpa mengganggu kerja hakiki. Ini kerana keberkatan rezeki didalam bisnes perlu dititik beratkan jugak.

Beliau merupakan seorang mentor yang sangat cool.. Ayu senang untuk bekerjasama dengan beliau dan beliau banyak membantu ayu sepanjang ayu berada di dalam bisnes Shaklee selama 5 tahun ini..




Walaupun begitu jasa dari kesemua upline ayu merangkap mentor ayu jugak ayu tak kan lupakan. Sumbangan idea untuk projek-projek yang besar didalam team jutawan seperti program Jom Detox Jutawan dan projek The Walking Beauty sangat-sangat membantu ayu didalam bisnes Shaklee ini.

Ok.. Ini antara peranan yang dimainkan oleh kesemua mentor didalam group jutawan:

1. Memberi tunjuk ajar kepada semua ahli-ahli kumpulannya

2. Sentiasa memantau perkembangan bisnes anak-anak buah mereka.

3. Memberikan ilmu dan idea untuk di apply  kepada semua ahlinya

4. Sentiasa berinteraksi dengan ahli-ahli kumpulannya.

Sebenarnya banyak lagi peranan mentor di dalam sesebuah bisnes. Kita sebagai mentee perlulah pandai untuk merebut peluang yang ada di depan mata jika ingin memajukan diri dan bisnes.

And semestinya peluang untuk melakukan bisnes Shaklee dibawah naungan team Jutawan adlah satu keputusan yang bijak.

Cewahhh..

Oklah.. Sekian

No comments:

Post a Comment