Friday 22 March 2019

5 KISAH WANITA BERJAYA PEROLEH PENDAPATAN 4-5 ANGKA DENGAN MOBILE SPA

Assalamualaikum..
Hye korang..

Entry kali nie ayu nak cerita mengenai kisah 5 orang wanita yang berjaya peroleh pendapatan 4 ke 5 angka dengan bisnes mobile spa.

Seriously cerita mereka penuh inspirasi sekaligus dapat memotivasikan kita untuk berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

Dan mereka semua tentulah dari alumni TWB.

Ok.. Kita pergi ke kisah yang pertama

1. CIKGU ZURA..
SPONSOR IBU DAN AYAH MENUNAIKAN UMRAH.



 Nama sebenar beliau ialah Nur Azura. Berumur 27 tahun, mempunyai 3 orang anak lelaki dan merupakan seorang guru pendidikan khas..

Beliau mula tertarik untuk join TWB pada bulan September 2015 dan ini merupakan batch pertama TWB. Kos bayaran cuma rm750 sahaja pada masa tue dan beliau meminjam duit dari  suami sebanyak rm750 untuk memulakan kursus TWB.

Beliau berjaya kumpul duit spa dan shaklee selama 3 tahun untuk hantar mak ayah ke umrah. Kos umrah mereka dalam lingkungan hampir 20 ribu.


 Paling tinggi income spa beliau pernah dapat dalam RM750 sehari hanya pada hujung minggu.

Beliau fokus income spa dan bonus shaklee

Bab marketing strategy beliau buat flyers dan letak kat pasaraya. Kebanyakan customer beliau datang melalui flyers tersebut.

Amalan rohani tu biasanya beliau akan bangun seawal 4.30 pagi untuk tahajjud. Beliau juga konsisten solat sunat dhuha. Surah waqiah & al mulk setiap hari sebelum tidur. Zikir tu setiap masa.

Beliau target setiap bulan pasti dapat 20 customer spa. Dari sini income spa saja antara 2 ke 3 ribu sebulan

Push factor ni mak ayah. Saya target memang nak hantar mak ayah pergi umrah. Jadi memang saya fokus dan capai target tersebut.


2. Wan Syahida Kahar  (Shye)
(Ex Engineer )



πŸ”Ή Saya join TWB pada Nov 2015. Masa tu yuran TWB hanya RM750 untuk course facial je.

2. Apa BIG WHY join TWB?

πŸ”Ή Nak capai career development & improve income walaupun saya housewife and 24 jam kat rumah.

3. Apa perkara yang paling berharga diperolehi sejak join TWB?



πŸ”Ή Dapat ilmu bisnes, strategi bisnes, ilmu kesihatan, ilmu kecantikan, bonus pun makin besar & bisnes rasa lebih fun nak buat bila ada progress.

4. Berapa lama masa ambil untuk balik modal:

πŸ”Ή Modal pun pakai income bonus Shaklee je. Pastu waktu upgrade ke 5 course (sekarang pakej 5 course ni RM1,999), pun sama, beli barang2 dengan bonus Shaklee. Every month pun income bonus Shaklee lebih stabil. Income saya memang 4 angka setiap bulan & paling minimum pun RM1k++ so senang la dpt balik modal πŸ˜„ . Alhamdulillah.. saya tak buat servis spa langsung tau ni. Saya jaga anak-anak 24 jam je di rumah. Anak ada 3. Paling kecik 1 tahun 2 bulan.


So bayangkan kalau u all buat duit ngan servis spa sure berkepuk-kepuk lagi income u all akan dapat. Yang bagusnya ilmu spa TWB ni, anda bebas nak pilih penjuru income mana yang anda nak. Takde saper paksa.

5. Adakah TWB sama dengan training spa di luar sana? Kalau berbeza apa satu perbezaan yg paaaaling menarik?

πŸ”ΉTWB memang jauh berbeza. Perbezaan yg paling menarik adalah kelebihan mentorship yg ada dlm bisnes TWB even selepas hands-on training. Then ada 6 penjuru income yang kita leh kejar. Ada career development. Tak buat spa pun ada cara utk dpt income. Ada FREE trip kita boleh dapat. Dan macam2 lagi. Memang TWB best sgt2 😊

6. Fokus TWB kepada servis spa semata atau semua penjuru income?

πŸ”Ή Saya pernah fokus servis spa masa awal2 join. Buat kat jiran-jiran & ahli keluarga kat kampung. Memang merasa instant cash tu. Sejam keje dah dapat at least RM50. Serius senang gile buat duit!!

πŸ”Ή Then saya fokus membesarkan empire saya dengan menolong wanita lain pula yg nak buat bisnes mobile spa ni. So saya fokus utk besarkan bonus Shaklee melalui recruitment dan menjual produk2 Shaklee serta untung runcit. Kiranya walaupun saya tak buat servis spa, saya sedang menolong wanita lain untuk buat servis spa diorang & besarkan income diorang pula 😊

7. Average income dr TWB

πŸ”Ή Paling minimum RM1000 setiap bulan sekarang dalam title surirumah 24 jam & tak buat servis spa. Totally coaching anak buah dalam marketing spa & bisnes Shaklee masing2 je. Then paling tinggi pernah hit RM5k+++ waktu naik Coordinator.

Apa pencapaian impian paling tinggi:

πŸ”Ή Emmm hasil gigih berbisnes dari rumah, saya berjaya membesarkan tabung simpanan saya. Syukur Alhamdulillah.

πŸ”Ή Saya resign drpd engineer tahun 2014. Join Shaklee 2014 & TWB tahun 2015. Then saya tunaikan Umrah pada akhir tahun 2016, travel ke Istanbul (Turkey), Ho Chi Minh (Vietnam), Kyoto dan Osaka (Jepun), Hanoi (Vietnam), belanja keluarga penginapan di hotel 5 star di Cyberjaya sempena Anniversary , and banyak lagi.. Then bayar downpayment kereta Nissan Serena sebanyak RM10k, daftarkan anak masuk swimming class and now InsyaAllah.. sikit lagi nak layak dapat FREE Trip 5 Star ⭐️ Regional Shaklee ke Phuket tahun 2019 ni. Doakan saya ye ☺️

Apa perasan dapat capai impian dengan TWB:

πŸ”Ή Memang seronok sgt sebab sejak join TWB, bisnes start progress and empire YST saya grow. And yang paling happy, of course bila saya dapat naik rank dalam Shaklee satu persatu dari Supervisor, lepas tu Senior Supervisor dan akhirnya latest Coordinator, semuanya asbab berTWB.
Income pun makin stabil Alhamdulillah. Suami juga merestui pekerjaan saya Alhamdulillah.

Dalam empire saya, saya telah melahirkan 5 orang Supervisor, seorang Senior Supervisor dan ramai lagi business builders Spa TWB ☺️

Sekian coretan saya

3. Shamira Nasir
(suri rumah sepenuh masa)


Nama saya Shamira Binti Mohammad Nasir berumur 25 tahun berasal dari Kedah

Berkahwin 😊
Sebelum join TWB saya adalah suri rumah sepenuh masa. Sebab suami tak izinkan saya bekerja.

Pernah buat pelbagai pekerjaan dan pekerjaan terakhir saya adalah operator pengeluaran di sebuah kilang bertempat di Hitech Kulim, Kedah.

[Saya join training TWB pada 25 Mac 2018 di Bangi di rumah MAS. U all tahu tak? Ketika saya buat keputusan nak join TWB saya tak ada modal dalam simpanan walaupun Rm100. Sedih sangat bila ingat balik 😭😭

Dalam keadaan tak ada modal saat itulah saya betul-betul berserah & bergantung sepenuhnya pada Allah dan yakin 100% Allah akan bantu saya. Setiap hari saya positifkan diri dengan ayat "Antara tanda Allah nak beri sesuatu pada hambanya adalah dengan gerakkan bibir kita untuk meminta"

Dan..

Bayangkan lagi 5 hari nak training dalam tangan saya masih kosong macam-macam saya fikir!

Tapi..!  Tapi kan..

Allah tu baik sangat! Dalam keadaan saya serabut Allah hantar seseorang untuk bantu saya, dia bukan sesiapa jauh sekali keluarga & adik beradik tak ada pertalian darah lansung!

Dari Kedah ke Bangi sorang-sorang tau.. Rasa jauh jer perjalanan layan feeling padahal 4 jam je pun naik ets 😝
Perjalanan saya tak berhenti disini. Setiap orang Allah beri ujian lain-lain. Kita terus kepada tajuk kemuncak kita malam ini, iaitu

"Twb Penyelamat Kewangan Keluarga"


Kenapa penyelamat?  TWB ni bomba ke? Mesti korang tertanya-tanya kan? Hehe..
Nak dijadikan cerita seminggu lepas berpuasa pada tahun lepas suami saya berhenti kerja, atas sebab yang dia sendiri tak boleh tahan.

Walaupun gaji suami merupakan pendapatan utama keluarga kami tapi  Alhamdulillah tanpa gaji utama tersebut kami masih survive sehingga ke hari ini..
Macam mana kami survive?

Tak susah pun.. Bila kita ada ilmu & skills. Percayalah senang gila nak buat duit dengan TWB.

Betul ke?

Betul uolss.. Bayangkan suami berhenti macam tu jer.. Mana dapat gaji bila dia tak bagi surat 😭
Berhenti pulak dalam bulan puasa.. Nak buat persiapan raya lagi, sewa rumah, duit motor,duit kereta itu, ini macam-macam tau.. Bayangkan kalau tak kuat? Boleh perang dunia dengan suami.

Tapi.. Ntahlah bila kita ada sesuatu sebagai backup kita takkan takut nak hadap tu semua.. Saya tak marah cuma macam tak percaya suami berhenti kerja, ceerr uolss yang kawen bayangkan suami korang benti kerja 😜 apa perasaan?

Takut?
Gelisah?
Rasa nak mati??

Jangan pernah ada perasaan macam ni sebab Allah yang bagi rezeki kat kita. Bukan bos kat tempat kerja.
Berbekalkan ilmu dan skills yang ada saya dan suami mula susun strategi jeng! Jeng! πŸ€ͺ

Saya mula buat promosi spa dan collect cust banyak-banyak.

Malu??  Lagi tebal muka dan malu kalau mintak duit kat orang..

Tahu tak masa saya diuji tu.. saya masih baru dalam bidang spa.. Tapi Alhamdulillah saya boleh survive.. sebab tu saya cakap, SENANG GILER BUAT DUIT DENGAN MOBILE SPA!

Sebab apa? sebab kita ada ilmu.. buat apa pun bila ada ilmu yang betul semuanya mudah..

Pernah tau sesak sangat tak ada duit.. Lauk dah habis.. Apa nak makan? Ya Allah sedih ingat balik.. 😫😫Tapi nak cerita jugak..

Tahu apa saya buat?  Saya buat offer facial murah-murah tapi bersyarat datang rumah sebab duit minyak kereta pun tak mampu nak isi pergi rumah cust. Tahu apa jadi??

Bersusun orang book slot dengan saya. Penat memang penat tapi berbaloi.

Inilah cara saya survive..

Orang perempuan korang kena ada satu bisnes backup yang boleh dapat instant cash!

Memang kita bersangka baik dengan Allah mintak dijauhkan dari ujian yang kita tak nak. Tapi andai kata terjadi jugak pernah bayangkan tak apa nak buat bila kita tak ada apa-apa?
TWB sebagai backup
- suami hilang kerja
- suami meninggal
- suami anda tak jumpa jalan balik rumah

Okay.. Gurau πŸ˜†

Pesanan saya,

Bertangguh dan takut. Dua ciri yang akan menjerumuskan kita kepada penyesalan yang tak sudah.

Hidup dalam penangguhan ibarat menunggu kucing bertanduk.

Masa terbuang dan tiada pencapaian yang kita dapat. Statik!

Terlalu banyak berfikir akibat dari tindakan kita. Akan bantutkan usaha kita untuk berubah dan berjaya.

Kita ada Allah. Doa adalah senjata paling kuat orang mukmin. Angkat tangan dan doa.

Nanti Allah bantu kita. 😘

-Apa perkara yang paling berharga diperolehi sejak join TWB

1.Keyakinan diri, sebab sebelum ni sy tak ada kemahiran bersosial yang baik.

2. Nikmat kebebasan masa.. kalau dulu keja 12 jam sampai nak berdunia dengan orang pun susah..

-Adakah TWB sama dengan training spa di luar sana? Kalau berbeza apa satu perbezaan yg paaaaling menarik?

1. Tak sama.. TWB adalah spa yang bersistem.

-Fokus TWB kepada servis spa semata atau semua penjuru income?

Sedang fokus untuk semua penjuru income.

-Average income dr TWB

Instant cash - Rm1000- Rm3000

Bonus Shaklee - sedang fight untuk 4 angka juga
paling banyak penah dapat Rm600

- Nasihat & any cadangan kepada mereka yang belum join TWB?

Wanita diluar sana, terutamanya suri rumah kita kena ada sesuatu sebagai backup untuk masa hadapan, seandainya terjadi apa2 pada ketua keluarga. TWB bantu wanita agar lebih berdikari.

- Apa pencapaian2 yang boleh dijadikan inspirasi sepanjang buat full time TWB

1. Ada income sendiri walaupun suri rumah.

2. Dapat bantu mak ayah tak banyak pun sekurang-kurangnya meringankan beban mereka.

3. Dapat bantu wanita untuk lebih cantik dan berkeyakinan dengan servis spa.


4. Izaty
(ex student USIM
Berhenti kerja setelah anak mengidap eczema)



Izaty, seorang graduate accounting di USIM . Dan pernah bekerja sbg exec account selama 2 tahun.

Then decide nak berhenti kerja selepas dapat anak yang pertama. Seronok kerja dulu,tapi selepas dapat baby anak saya  eczema, jadi perlukan penjagaan rapi. Setahun saya menganggur sehingga anak pulih.

Then saya mencari satu pekerjaan yang flexible,untuk saya bekerja dan jaga anak. Alhamdulilah saya jumpa mobile spa twb. Yang saya nampak career development die sangat menarik,bukan menjadi beautician semata-mata,its more than that.

Dan yang best saya memerlukan dlm 1-3 jam sehari utk bekerja. Yang lain saya boleh fokus untuk anak-anak dan keluarga.

Saya join twb tahun 2016 lepas bersalin anak ke 2. Masa tu join twb pakej RM399 facial shj,tu pun belajar drpd video.

Masa tu duit takde langsung,sbb setahun menganggur. Pinjam duit adik beradik dan suami. Alhamdulilah seminggu dpt pulang modal semula.

Lepas training terus saya applykan ilmu dan promote pada orang terdekat. Then nak upgrde pakej twb kene buat uv dan bayran. Masa tu sy 100% guna modal drpd bisnes.

Then dah tak rasa takut dan useless lagi sebab ilmu dalam twb sangat power. Saya bulldoze semua 6 penjuru income tu.

Masa sy mengandung anak ketiga saya tidak aktif spa sangat saya fokus cari orang join twb. Dapat 3 angka duit training untuk sorang, naik rank sen sv bonus dalam RM1500 keatas.

Tiada istilah nak rilex2. Selagi ada ruang nak jana duit,saya cari. Sekarang dah boleh buat fulltime spa target saya RM5k sebulan.

5. AINA
 ( BEKERJA SEBAGAI PA KETIKA JOIN TWB, STUDENT MASTER)


Pendapatan paling banyak Aina pernah dapat ialah RM 1100 sehari.

Selalunya sehari dalam RM200 ke RM400 sahaja. Aina memang fokus pada 6 penjuru income yang TWB tawarkan.

Walaupun bercuti ke Singapura income tetap masuk

Pada awal nya, niat Aina melakukan bisnes adalah untuk mengumpul banyak duit. Tapi Aina sedar Aina perlu betulkan niat dalam berniaga jika ingin lebih berjaya. So bila Aina betulkan niat berbisnes untuk bantu lebih ramai orang dan gembirakan mama rezeki semakin menderu-deru masuk.

Aina berjaya rank up sebagai SUPERVISOR di dalam Shaklee pun asbab dari join TWB. Antara faktor yang mendorong Aina untuk join TWB adalah disebabkan ayahnya yang sakit..

Aina sedar bila ayahnya sakit Aina perlukan duit untuk tampung kos rawatan ayahnya. Dengan TWB Aina dapat membahagikan masa antara bisnes dan tanggungjawab untuk menjaga ayahnya kerana masa kerja MOBILE SPA sangat-sangatlah fleksibel.

Alhamdulillah sekarang Aina mensasarkan pendapatannya sekurang-kurangnya rm3000 sebulan.

Haaaa.. Amacam..
Terinspirasi dan termotivasi tak dengan kisah mereka nie.
Ayu harap semoga entri kali ini dapat memberi manfaat untuk kita semua.

bye...

AYU
017-4778287
ALUMNI TWB
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

No comments:

Post a Comment